Skuad memanah lelaki negara berjaya menambah jumlah pingat emas buat Malaysia -- menjadikan tiga setakat ini -- apabila menewaskan Singapura 228-222 dalam aksi final acara compound berpasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sebentar tadi.
Aksi pasukan negara wajar dipuji sejak di peringkat separuh akhir selepas mempamerkan aksi hebat untuk bangkit daripada ketinggalan ketika menentang Vietnam bagi mengikat kedudukan 227-227 sebelum menang menerusi shoot-off 29-27.
Malaysia yang membariskan Zulfadhli Ruslan, Lee Kin Lip serta pemenang perak kategori compound individu lelaki, Mohd Juwaidi Mazuki, nyata berada dalam kelas tersendiri ketika berdepan Singapura yang diwakili oleh Alan Lee, Pang Toh Jin dan Ang Han Teng.
Trio negara selesa mendahului 172-167 dalam saingan end ketiga dan kecemerlangan itu diteruskan sehingga ke detik penamat perlawanan.
"Hari ini, seperti yang dirancang, saya berjaya menghadiahkan emas untuk didedikasikan kepada anak," kata Juwaidi yang memenangi perak dalam acara compound individu, semalam.
Sementara itu, Kin Lip turut terharu dengan kehadiran ahli keluarganya di Bukit Jalil dengan berkata: "Sebaik ternampak kehadiran keluarga saya dalam aksi pusingan pertama, semangat saya semakin berkobar-kobar."
Selain itu, Zulfadhli menyifatkan kejayaan dalam Sukan SEA ini merupakan emas terbaik yang pernah dimenangi dalam kariernya.
Kemenangan itu meneruskan kecemerlangan skuad memanah negara selepas skuad wanita terlebih dahulu mengesahkan emas kedua buat Malaysia.