Skip to main content

Sukan SEA

Memanah: Recurve berpasukan campuran raih perak

22817khairulaliya.jpeg
Skuad memanah negara meraih pingat perak dalam acara recurve berpasukan campuran apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Diananda Choirunisa-Riau Ega Agatha Salsabila, 5-3 di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, sebentar tadi.

Selepas Khairul Anuar Mohamed dan Nur Aliya Ghapar meraih pingat emas dalam acara masing-masing semalam (berpasukan lelaki dan wanita), mereka digandingkan bersama dalam usaha untuk meraih satu lagi pingat emas.

Mereka menempah slot ke final selepas menundukkan wakil dari Filipina, Florante Matan-Nicole Tagle,  6-4.

Skuad negara gagal mempamerkan aksi yang konsisten sejak awal permainan ketika berdepan Indonesia, ketinggalan 2-0 pada end yang pertama 35-37.

Kedua-dua pasukan terikat dengan himpunan mata yang sama dalam tiga end [36-36, 37-37, 34-34] sebelum Indonesia melakar kemenangan 5-3.

Kejayaan Malaysia meraih pingat perak ini menyamai pencapaian yang diraih dua tahun lalu.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video