Skuad memanah Malaysia buat julung kalinya memungut pingat gangsa dalam acara compound lelaki individu menerusi Juwaidi Marzuki, secara tidak langsung mencerahkan peluangnnya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Dunia sebelum menghadapi satu lagi pusingan di Shanghai, China, pertengahan bulan depan.
Menurut Juwaidi, keputusan yang diraih dalam kejohanan peringkat pertama di Antalya, Turki, itu merupakan sesuatu yang tidak dijangka.
"Kejayaan kali ini membanggakan dan secara tidak langsung dapat mengutip mata untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Selain acara compound lelaki individu, acara berpasukan campuran juga memungut gangsa termasuk memecah rekod kebangsaan menerusi gandingan Juwaidi dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi atlet negara untuk ke peringkat suku akhir bagi kategori recurve lelaki dan wanita, recurve wanita berpasukan serta compound lelaki dan wanita.
"Saya mencatat 701 markah dalam acara compound individu untuk memecah rekod kebangsaan milik saya sendiri.
"Saya dan Juwaidi juga dapat memecah rekod berpasukan campuran.
"Saya harap dapat perbaiki lagi pencapaian saya dalam kejohanan akan datang," kata Fatin Nurfatehah pula.
Namun, pujian harus diberikan buat acara compound lelaki berpasukan yang ke suku akhir.