Pemanah negara, Haziq Kamaruddin, berdepan tugas getir untuk mempertahankan kedudukan dalam trio recurve kebangsaan apabila diletakkan di ranking keempat menjelang Kejohanan Memanah Piala Dunia Shanghai, China.
Haziq direhatkan ketika Malaysia meraih pingat perak dalam acara recurve berpasukan lelaki Grand Prix (GP) Asia di Bangkok, Thailand, bulan lalu.
Dia berada di ranking keempat recurve berpasukan lelaki -- di belakang Khairul Anuar Mohamad, Akmal Nor Hasrin dan Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli.
Cabaran skuad kebangsaan selepas ini adalah perebutan tempat dalam Piala Dunia di Shanghai, 23-29 April ini selaku proses pemilihan terakhir ke Kejohanan Dunia, Jun depan, yang turut menjadi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Persaingan merebut tempat memang sengit. Terdapat beberapa pemanah yang meningkat naik dan ini satu persaingan yang hebat.
"Walaupun saya pernah tampil dua kali dalam Sukan Olimpik tetapi kalau ada atlet yang lebih baik, apa salahnya saya berikan laluan kerana kami sama-sama akan bawa nama Malaysia," kata Haziq.
Hanya enam pemanah terbaik recurve yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita akan terpilih menyertai Kejohanan Dunia.
Malaysia perlu mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir untuk layak ke Sukan Olimpik.
"Malaysia perlu menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dengan Jepun sudah pun mengesahkan tempat," kata Pengarah Kejurulatihan Memanah, Lee Jae-hyung.