Olimpian recurve negara, Ariana Nur Dania Zairi, tidak terlepas melakar sejarah memecahkan rekod kebangsaan acara 70 meter individu wanita Kejohanan Memanah Piala Asia dengan catatan baharu 340 mata bagi mengatasi rekod lama, 337 mata miliknya.
Bukan satu, tetapi dua rekod kebangsaan dipecahkan di Singapura hari ini apabia Ariana Nur Dania turut cemerlang memperbaharui rekod acara 70 meter secara keseluruhan bagi menentukan ranking menerusi jumlah 670 mata untuk memperbaiki jumlah 669 yang juga dipegangnya.
"Saya belajar untuk mengatasi kegentaran dan lebih percaya kepada diri sendiri.
"Jadi saya kurang letak tekanan kepada diri sendiri dan ia menyumbang untuk saya memecah rekod sendiri," katanya di Nadi Arena.
Selain kejayaan individu, Ariana Nur Dania turut membantu skuad recurve wanita negara meraih pingat gangsa dalam acara berpasukan ketika bergandingan bersama Syaqiera Mashayikh dan Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini.
Meskipun berdepan cuaca yang tidak menentu dan tekanan daripada pasukan lawan, kunci percaya kepada diri sendiri dan semangat pasukan menjadi resepi kejayaan mereka.
"Pemanah pertama perlu bermula dengan baik agar membina momentum baik untuk rakan sepasukan.
"Dengan rekod baru ini, saya dapat rentak dan teruskan dengan cara sendiri untuk mengekalkan persembahan baik sepanjang kejohanan," katanya.