Memanah: Penalti Myanmar tidak gugat fokus Juwaidi, Fatin
Penulis Jemputan
Ogos 18, 2017 17:26 MYT
Ogos 18, 2017 17:26 MYT
Hari kelima saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menyaksikan Kevin Yeap dan Heidi Gan berjaya membutirkan pingat emas buat Malaysia dalam acara renang terbuka dan dalam masa sama, kejayaan skuad memanah yang turut menghadiahkan emas menarik perhatian umum.
Mohd Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh berjaya menepati sasaran apabila mengetepikan cabaran wakil Myanmar, Aung Ngeain dan Ye Min Swe, 152-142, di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, sekaligus mengesahkan emas ketujuh negara.
"Pingat emas hari ini seperti yang kami sasarkan.
"Alhamdulillah, ada hasil kita hari ini," kata Juwaidi tanpa ditemani Fatin yang menjalani ujian doping ketika itu.
Sebaik Myanmar dikenakan penalti dalam end pertama sehingga mengakibatkan mereka dipotong 10 mata, Juwaidi menegaskan dia dan Fatin tetap mengekalkan fokus meskipun sedar peluang mereka untuk menang semakin cerah.