Trio memanah compound berpasukan wanita negara membutirkan pingat emas kedua buat Malaysia pada hari keempat saingan apabila menang 253-252 ketika berdepan Vietnam di peringkat akhir, hari ini.
"Saya pun tak sangka sampai ke peringkat ini. Alhamdulillah, penat-lelah kami berlatih membuahkan hasil, terima kasih Malaysia," kata pemanah negara, Nurul Syazhera Mohd Asmi.
Mereka sebelum itu menumbangkan cabaran Thailand 227-219 di peringkat separuh akhir dalam aksi yang ditunjangi oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh bersama-sama Nurul Syazhera dan Saritha Nam Chong.
Aksi menentang Vietnam menjadi dramatik apabila lawan berjaya mendapatkan mata demi mata, namun aksi yang konsisten daripada pemanah Malaysia berjaya memberikan kejayaan buat negara.
"Saya berasa sangat terharu dengan rakan sepasukan biarpun sedar (prestasi) saya tidak begitu kuat.
"Saya minta maaf di atas kesilapan saya sehingga diheret ke shoot off, akhirnya kami boleh buat.
"Mereka katakan kepada saya, 'teruskan mencuba, boleh...sasarkan ke sasaran kuning itu dan pingat emas kita punya'," kata Saritha.
Ketenangan ketika aksi penentuan menerusi shoot off selepas kedudukan terikat 225-225 ternyata membantu kem Malaysia untuk mengesahkan pingat emas kedua kejohanan.
Kejayaan itu jelas mengubati kekecewaan Fatin yang terlepas peluang meraih emas dalam acara individu selepas meraih gangsa, semalam.
"Alhamdulillah, saya dan rakan sepasukan bersyukur walaupun agak sukar untuk memenangi pingat ini sampai ke peringkat shoot off.
"Dalam penentuan shoot off tadi, kami cuba menikmatinya dan kalau ada rezeki, emas akan jadi milik kami.
"Semalam sepatutnya kita menang emas dan saya harap kemenangan emas pertama dalam acara memanah ini, maka compound berpasukan lelaki akan ikut jejak kami," kata Fatin.