Pemanah recurve para negara, S. Suresh, sudah 80 peratus bersedia untuk menghadapi kejohanan pertama tahun ini di Dubai.
Juara dan pemanah nombor satu dunia itu akan bersaing dalam Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para pada 16 hingga 22 Februari ini.
Selepas meraih pingat perak dalam dua edisi terdahulu, Suresh bertekad untuk memperbaiki pencapaian itu agar bertepatan dengan statusnya.
Pemanah itu, yang sudah layak ke Sukan Paralimpik Tokyo, Ogos depan, berkata: "Setakat ini, saya sudah 80 peratus bersedia.
"Berdasarkan kajian saya, cuaca di sana agak panas, jadi saya tidak boleh menyasarkan sebarang pingat lagi.
"Saya perlu melihatnya sebagai pentas untuk menilai pretasi saya selepas berehat panjang.
"Secara peribadi, saya sudah dua kali mendapat pingat perak di Dubai, jadi kalau boleh, saya mahu pingat emas dalam edisi ini," katanya.
Editor: Muzaffar Musa