Skip to main content

Sukan Lain

Memanah: Nurul Azreena cemerlang SPM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nurul-azreena-memanah.jpg
Pemanah negara, Nurul Azreena Fazil, membuktikan bahawa dia bukan sekadar cemerlang di lapangan, malah turut cemerlang secara akademik apabila memperoleh tujuh A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pemanah recurve negara itu, yang pernah layak ke pusingan akhir acara berpasukan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, berkongsi kegembiraannya kepada wartawan Nadi Arena, Zaki Zainal.

"Alhamdulillah, saya mendapat tujuh A, satu B dan satu C dan saya rasa ia jauh lebih meningkat berbanding sewaktu ujian percubaan SPM sebelum ini.

"Dengan itu, saya amat berbangga dengan keputusan dan peningkatan ini.

"Memang setiap orang mempunyai impian untuk mendapatkan A dalam kesemua mata pelajaran dan sudah pasti saya juga mahu mendapatkan sembilan A.

"Tetapi dengan mengambil kira persekitaran saya dan penglibatan dalam sukan, agak sukar untuk mendapatkan sembilan A.

"Jadi, saya meletakkan sasaran enam A dan apabila mendapat tujuh A, Alhamdulillah," katanya.


 

Advertisement

Must Watch Video