Skip to main content

Gaya Hidup

Memanah: Hadiah untuk anak, isteri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juwaidi-160817_2.jpg
Pemanah compound individu lelaki negara, Juwaidi Mazuki, hampir menitiskan air mata kerana impian untuk menghadiahkan pingat emas buat anaknya yang kerap ditinggalkan sejak lahir tidak kesampaian apabila tewas dalam final Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, petang tadi.

Juwaidi tewas di tangan pemanah Indonesia, Prima Wisnu Wardana, 145-144, sekaligus terlepas peluang untuk membutirkan emas kedua buat Malaysia.

"Saya banyak tinggalkan isteri saya yang sedang mengandung dan ketika dia melahirkan anak.

"Pingat ini adalah untuk mereka dan sememangnya emas menjadi idaman tetapi tiada rezeki," ujarnya.

Sementara itu, Prima berikrar untuk terus konsisten dalam menyumbangkan bakti kepada negaranya dengan berkata: "Ini sesuatu yang sangat luar biasa kerana ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam Sukan SEA dan dapat menghadiahkan emas buat Indonesia.

"Mungkin pada masa akan datang, saya dapat mempertahankan medal ini lagi."

Advertisement

Must Watch Video