Skip to main content

Sukan Lain

Memanah Asia: Zarif Syahir juara recurve individu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zarif-syahir-zolkepeli.jpg
Pasukan memanah negara membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan tiga gangsa Kejohanan Asia di Phuket, Thailand, hari ini. 

Emas tunggal negara disumbangkan Mohamad Zarif Syahir Zolkepeli menerusi acara recurve lelaki individu yang turun ke pentas final menentang wakil Kazakstan, Dauletkeldi Zhangbyrbay.

Dia memparagakan panahan terbaik untuk menang dengan catat 7-3.

Dalam pusingan pertama, Zarif Syahir tidak berdepan masalah untuk mendominasi lawan yang berada di rangking ke-14 dunia itu dengan kelebihan 29-25.

Tetapi dalam pusingan kedua, pemanah Kazakhstan itu menunjukkan kebangkitan apabila mengikat mata 28-28 sebelum memenangi pusingan ketiga dengan keputusan 26-25.




Dengan momentum tampak beralih kepada Zhangbyrbay, Zarif Syahir masih mampu memperagakan aksi bertenaga dalam dua pusingan terakhir.

Dia kembali menemui bidikannya untuk menang 29-24 dalam set keempat sebelum mengesahkan emas dengan catatan 27-26 dalam pusingan terakhir.

Malaysia turut meraih perak menerusi compound berpasukan campuran serta tiga gangsa --masing-masing dalam acara recurve individu wanita,, recurve berpasukan lelaki dan recurve berpasukan campuran.

 

Advertisement

Must Watch Video