Skip to main content

E-Sukan

Melqt takut dengan Innocent?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melqt-new.jpg
Menjelang pertembungan dua pasukan di puncak liga, Homebois dan Selangor Red Giants.OG Esports, 'Gold Laner' pasukan Homebois, Melqt luah perasaan gusar apabila bakal bertemu Innocent di 'Gold Lane' pada Sabtu ini.

Innocent yang kini berada di takhta Pemain Paling Bernilai (MVP) buat empat minggu berturut-turut semestinya digeruni ramai dan menjadi pilihan utama sekali lagi untuk mengungguli saingan pada minggu ini.
 

"Kepada Innocent, tolong pilih 'Hero' yang mudah untuk dikalahkan supaya saya tidak dibantai" - katanya

Walaubagaimanapun, Melqt juga tidak kurang hebatnya untuk berdiri sama tinggi dengan Innocent selepas mempamerkan prestasi cemerlang mencatat purata 'Kills, Death, Assist' (KDA) tertinggi di dalam liga dengan 15.8 KDA meninggalkan pesaing lain seperti Izanami dan Innocent jauh di belakang.

Homebois dan SRG.OG kini terikat dengan 17 mata selepas saingan Minggu Diraja. Mampukah Homebois catat kekalahan pertama gergasi merah di saingan musim ini?

Advertisement

Must Watch Video