Skip to main content

Sukan Lain

Melinder Kaur lakar sejarah dalam 'Guinness World Record', lari sambil tangan bergari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kaur.jpg
Bekas atlet kebangsaan, Melinder Kaur, mencipta sensasi selepas melakar dua sejarah baharu Guinness World Records di Arena Sukan Kuala Lumpur, Setapak, semalam.

Dia yang berusia 36 tahun itu mecatat masa terpantas selain mengukir rekod dunia yang baru dalam acara larian sejauh 1.6km sambil kedua-dua belah tangah digari.
 
Sebelum ini, rekod tersebut disandang oleh Sandra Hickson yang berasal dari Ireland yang hanya mengambil masa selama enam minit dan 37 saat.

Melinder yang juga pemegang rekod kebangsaan lari berhalangan 3000m itu juga memecahkan rekod Guinness melengkapkan larian satu batu (1.6km) sambil berkaki ayam. 

-- Free Malaysia Today

Advertisement

Must Watch Video