Yang Dipertua Persatuan Sepaktakraw Melaka, Datuk Akramuddin Abdul Aziz, mengesahkan Titans sudah menemui pengganti Azlan Alias yang terpaksa disisihkan susulan kecederaan retak tulang tangan kiri yang dialaminya ketika aksi final regu berpasukan di Kejohanan Piala Asia ASTAF 2025 baru-baru ini.
Tanpa mendedahkan identiti pemain itu, Akramuddin bagaimanapun memaklumkan perejam baru Titans itu merupakan tonggak import yang mempunyai reputasi baik dalam kancah sepak takraw domestik.
Dia percaya kehadiran pemain itu mampu jadi nilai tambah terbaik buat pasukannya yang bakal mempertaruhkan dua pemain berstatus kebangsaan iaitu tekong, Syahir Rosdi serta pengumpan, Zaim Razali.
Untuk rekod, Melaka diletakkan dalam saingan Kumpulan D bersama Sabah Mountaineers serta Penjara Enforces dalam saingan Divisyen 1 yang bakal bermula 28 Mei depan di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, Pahang.
"Kami bagi pihak persatuan menerima seadanya kerana bagi kami kepentingan negara amat diperlukan, begitupun saya berasa simpati dengan Azlan yang bersungguh-sungguh untuk mewakili Melaka.
"Bagi kami yang penting keserasian antara mereka untuk hadapi saingan Kumpulan D kerana ada lawan yang kuat, saya yakin senarai pemain yang ada ini akan beri sesuatu yang berharga kepada Melaka Titans." katanya.