BOLA TAMPAR (P)
Megawati 'Megatron' Si Pembunuh digeruni di Korea Selatan
Nama Megawati Hangestri Pertiwi yang kini baru berusia 26 tahun kini semakin membesar dalam dunia bola tampar Korea Selatan sehingga dia kini amat dikagumi oleh semua pemain profesional serta peminat negara itu.
Berfizik tinggi lampai dengan penampilan bertudungnya, aksi Megawati sangat dinanti-nantikan oleh peminat bola tampar negara itu setiap kali pasukanya Red Sparks bermain.
Bahkan keterampilan Megawati kini menjadi fenomena dalam kancah liga bola tampar Korea memandangkan anak kelahiran Jember, Jawa Timur adalah sosok Indonesia yang pertama mampu bersinar dalam kancah liga di Korea.
Lebih-lebih lagi dalam sukan yang sebelum ini dimonopoli oleh rata-rata pemain tinggi lampai serta berwajah ala Kpop itu, ada anak Melayu bertudung yang mampu bermain dan beraksi lebih baik daripada mereka.
Digelar sebagai Megawati 'Megatron' di Korea Selatan ketika ini, ke mana sahaja dia pergi akan ada sahaja peminat yang menyerbunya kerana kagum dengan aksinya ketika bermain.
Malah dia adalah tunjang utama pasukan Red Sparks yang sering sahaja menyumbangkan mata dalam memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan menerusi spike tajam dan padu.
Malah setiap lawan sudah sedia maklum kelebihan dan kuasa yang dimiliki oleh si 'Megatron' itu menyebabkan pertahanan lawan agak seriau bila setiap kali dia melompat sebelum menghemburkan spikenya bak peluru.
Maka tidak hairanlah kelab tersebut sanggup mengeluarkan belanja untuk import Megawati ke dalam kancah liga mereka memandangkan pelaburan yang dikeluarkan itu berbaloi.
Megawati kini berjaya membantu kelabnya Daejeon JKJ W atau Red Sparks berada di kedudukan terbaik dalam liga ketika ini iaitu ditangga keempat.