Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin kekal menerajui Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), bagi penggal ketiga berturut-turut sejak 2021 selepas menang tanpa bertanding jawatan presiden pada mesyuarat agung tahunan kali ke-21 yang berlangsung semalam.
Megat Zulkarnain yang pada awalnya mengumumkan peletakan jawatan selaku presiden, terpaksa membatalkan hasrat tersebut selepas tidak mendapat persetujuan ahli gabungan yang mahukan beliau kekal memimpin badan induk silat negara itu bagi penggal 2025 hingga 2029.
Tiada perubahan berlaku buat jawatan timbalan presiden juga apabila Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad menang selepas mengetepikan pencabarnya, Mohamed Faid Musa dengan meraih 48 undi.
Bagi jawatan naib presiden, dua muka baru dipilih menyertai kepimpinan pesaka iaitu Datuk Wira Johan Abdul Aziz serta Kasturi Majid selain Safaran Ahmad yang berjaya mengekalkan jawatan berkenaan.
Cuba Sekarang

Protein On-The-Go
Nikmati cara paling mudah dapatkan protein harian — cepat, sedap & mengenyangkan.
Cuba Sekarang