Skip to main content

Sukan Lain

Megat D. Shahriman kekal selaku presiden MPM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

megat-shariman.jpg
Dato' Seri Megat D. Shahriman Zaharudin kekal selaku Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk penggal kedua selepas menang dalam pemilihan AGM badan induk itu menewaskan Datuk Ahmad Shapawi Ismail sebentar tadi.
   

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Shapawi, kekal sebagai calon bagi jawatan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang kini disandang Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin.

Shapawi yang menerima pencalonan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Kanu Malaysia akan mencabar jawatan yang ingin dipertahankan Megat D.Shahriman sejak 2019 itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM yang akan berlangsung hari ini.

SENARAI PENUH:

MPM Penggal 2025-2028

Presiden: 
Dato’ Sri Megat D. Shahriman Dato’ Zaharudin (P)

Timbalan Presiden: 
KM Rajendran A/L Mutusamy (P)

Naib Presiden (OKU)
Datuk Haji Mah Hassan Hj Omar

Naib Presiden 
Datuk Amarjit Singh Gill
Dr Ang Kean Koo (P)
Joshua Edgar A/L Mariyee Joseph (P)

Setiausaha Agung
Datuk Subramaniam Raman (P)

Bendahari
Kumarusamy A/L P.Sithambaran (P)
Rattna Aizan Mohd Idris (Naib Bendahari)
 

Advertisement

Must Watch Video