TENIS

MEDRUSH TennisKL All Stars: Aqil Adibi tepati status pilihan

Shaiful Shamsudin 15/10/2023 | 12:23 MYT
Aqil Adibi Rahiman mendominasi kategori B-18 Kejohanan MEDRUSH TennisKL All Stars yang melabuhkan tirai hari ini selepas mudah menundukkan Dzarif Dzakwan 6-1.
Jelas Aqil Adibi menggunakan pengalamannya di peringkat antarabangsa untuk menguasai lawannya dalam pertarungan di Pusat Tenis Kebangsaan, Jalan Duta itu hari ini.
"Saya gembira untuk berasa di sini. Ramai yang memberi semangat.
"Saya pernah menyertai Kejohanan Remaja Dunia di Colombo, Sri Lanka.
"Kemudian saya terpilih pula dalam kalangan 24 pemain seusia untuk bertanding dalam Kejohanan Remaja Asia," katanya.
Tumpuan pusingan awal kategori wanita B-14 pula terarah kepada keunikan aksi Vea Dhanea Sanjay Krishna yang menundukkan Farah 5-5, 10-7 dalam suku akhir Monthly Medal.
"Selepas ini tumpuan saya akan beralih kepada Kejohanan Antarabangsa Pulau Pinang.
"Saya harap dapat jelmakan aksi terbaik tanpa mengambil kira sebarang keputusan," katanya.
Kategori B-14 lelaki pula menjadi milik Caeus Tan yang mudah membenam cabaran Chong Kai Jian dan dalam kategori wanita, Nurul Afrin menewaskan Claudia Tan.
Kategori B-12 menyaksikan Oezil Ajib mengecewakan Aidid Hakeem sementara bahagian wanita, Fiza Zeeshan, mengatasi Naomi Tan.
#Tenis #MEDRUSH TennisKL All Stars
;