Gandingan Hayden Haikal dan Lee Wai Cong mendominasi saingan Malaysia Touring Car (MTC) 1600cc untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Pelumbaan Malaysia Championship Series (MCS) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Gandingan berkenaan dinobatkan juara keseluruhan selepas menghimpunkan 89 mata.

Sementara itu, bagi kategori Stock Production Bawah 1600cc pula, P. Diivyesh dan Bradley Benecict Anthony, yang menggunakan jentera Suzuki DV Motorsport, muncul juara dengan mata keseluruhan 63.5.