Persatuan Kriket Malaysia (MCA) sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan pertandingan dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas acara itu tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA Filipina 2019 .
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menyaksikan kriket buat julung kalinya diadakan dengan Malaysia meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa.
Begitupun, tuan rumah edisi 2019, Filipina, mengambil keputusan tidak menyenaraikan sukan ini dan MCA sedang berusaha memastikan persaingan dalam kalangan negara rantau Asia Tenggara dapat diteruskan.
Ini termasuk mengadakan pertandingan yang diselang-selikan dengan tahun yang tidak terbabit dengan Sukan SEA.
"Apa yang saya dimaklumkan baru-baru ini adalah satu sukan perlu dipilih di antara kabadi dan kriket, jadi mereka telah memilih kabadi. Itu rezeki buat sukan kabadi.
"Dalam masa sama, kami sedang membincangkan dengan beberapa pasukan kriket kebangsaan dari Asia Tenggara untuk bergabung dalam pertandingan secara selang-seli dengan Sukan SEA," ujar Setiausaha Kehormat MCA, Iqbal Ali Kassim.
Sementara itu, MCA menyasarkan pasukan kriket negara dapat memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia andai dapat melepasi divisyen empat Liga Dunia Kriket yang sedang berlangsung.
Malaysia sudahpun meraih dua kemenangan ke atas Uganda dan Vanuatu, dengan dua pasukan teratas akan mara ke divisyen tiga.
"Buat masa ini, kami menduduki tempat ke-26 dunia, jadi jika kami dapat menempatkan diri dalam kelompok dua teratas, kedudukan akan terus beralih kepada ke-21 atau 22 dunia.
"Apabila memasuki Divisyen Tiga yang mungkin dilakukan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, mungkin kedudukan dunia kami akan terus bertambah baik," katanya.