Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) akan memanggil Sazali Samad untuk menghadap jawatankuasa disiplin pada minggu depan selepas bekas Mr Universe itu menyertai kejohanan di Shanghai, China ketika masih digantung ekoran kes doping.
Sehubungan itu, MBBF sedang mendapatkan maklumat daripada Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mengenai kes Sazali selepas bekas Mr Universe 10 kali itu menjuarai kategori 75kg selain meraih perak kategori keseluruhan dalam Kejohanan Bina Badan dan Pertunjukan Fearless, hujung minggu lalu.
MBBF kecewa dengan tindakan Sazali itu kerana dia masih menjalani penggantungan empat tahun ekoran positif steroid dengan hukuman itu hanya akan tamat pada 22 September tahun depan.
"Salah seorang pegawai MBBF telah memberitahu Sazali supaya tidak ke Shanghai untuk menyertai pertandingan.
"Tindakan itu melanggar peraturan penggantungannya. Kami akan memanggilnya dan bertanya mengapa dia tetap bertanding.
"Kami mahukan kepastian sama ada dia masih mahu mewakili Malaysia ataupun mahu bertanding di atas tiket individu.
"Jika secara individu, dia masih boleh menyertai sirkit kejohanan tanpa mengira ia diiktiraf MBBF atau tidak," kata Timbalan Presiden MBBF, Datuk Dr Ahmad Badrus Othman.