Pelumba trek berbasikal remaja Johor, Muhammad Nabil Wafiq Zamri, mengesahkan tidak akan beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak kerana acara trek tidak dipertandingkan di kejohanan tersebut kali ini.

Lebih pahit lagi apabila ia merupakan tahun terakhir Nabil akan beraksi di SUKMA setelah umurnya yang sudah menjangkau 20 tahun.

Bagaimanapun, rentak Nabil tidak terhenti di situ sebaliknya mempunyai misi getir menjelang kejohanan trek berbasikal kebangsaan 2024 di Velorome Nilai pada 19 hingga 23 Mei ini.

Untuk rekod, dia berjaya merangkul emas bagi acara pecut berpasukan dengan catatan masa 47 saat manakala bagi kategori individu, skuad berbasikal sukma Johor menamatkan saingan pada tempat kelima acara keirin dan tempat ketujuh sprint.

"Saya sudah berlatih tetapi bila dapat tahu saya menjadi hampa tetapi saya mempunyai misi dalam tahun terakhir ini walaupun nasib tidak menyebelahi untuk berlumba di SUKMA.

"Saya tidak menyimpan apa-apa dalam hati dan sudah meluahkan kepada orang terdekat dan jurulatih.

"Saya sekarang mahu fokus pada kejohanan kejohanan trek berbasikal kebangsaan minggu depan yang akan bermula 19 hingga 24 Mei nanti.