Skip to main content

Sukan Lain

Maybank Cycling Series Johor: MSNJ umum Maybank selaku penaja utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maybank-cycling-series.jpg
Majlis Sukan Negeri Johor mengumum Maybank sebagai penaja utama Maybank Cycling Series Johor.
 
Pemeteraian Memorandum Persefahaman (mou) itu menandakan peristiwa penting buat Maybank, selaku peneraju institusi perbankan di Malaysia dengan menyahut seruan penuh sukan berbasikal yang turut mendapat sanksi daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), dijadual berlangsung 14 September 2024, di Iskandar Puteri, Johor.
 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor ( KPRJ), Datuk Lukman Abu Bakar, menjelaskan konsep siri dipilih kerana rata-rata penyertaan Maybank Cycling Series Johor adalah terdiri daripada atlet amatur. 

Berbeza dengan konsep Le Tour de Langkawi, Lukman melihat adalah lebih wajar untuk memberi fokus kepada meningkatkan kesejahteraan komuniti dan memupuk gaya hidup sihat. 

Sementara itu, Ketua Kumpulan Pemasaran Maybank, Shazlina Md Suffian, melihat minat meluas masyarakat terutama di peringkat ASEAN terhadap sukan berbasikal merupakan antara faktor Maybank memilih untuk menaja kejohanan itu. 

Jarak kayuhan ditawarkan adalah road race 120 kilometer yang merupakan acara lebih kompetitif yang menguji daya tahan dan kelajuan pesertanya manakala fellowship ride 60km sesuai untuk pengayuh daripada pelbagai tahap kebolehan. 

Kumpulan usia dalam setiap kategori merangkumi lelaki bawah 23, lelaki Master A ( 25 hingga 35), lelaki Master B (36 dan ke atas), wanita A (18 hingga 35) dan wanita B (36 dan ke atas).

Advertisement

Must Watch Video