Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Litar Antarabangsa Shanghai, sebentar tadi.
Max Verstappen meraih kemenangan keempatnya dalam lima perlumbaan musim ini untuk melanjutkan pendahuluannya dalam kejuaraan dunia.
Lando Norris dari McLaren mendapat manfaat daripada dua gangguan 'Safety Car" apabila dia menghalang Sergio Perez daripada melengkapkan kejayaan Red Bull untuk kedudukan satu-dua.
Max Verstappen mengatasi dua gangguan 'Safety Car" untuk raih kemenangan sulung Grand Prix China setelah mendahului Lando Norris.
Verstappen nampaknya sedang menuju ke arah kemenangan sehingga gangguan 'Safety Car" pertengahan perlumbaan berturut-turut mengurangkan pendahuluannya, tetapi dengan tenang membina semula kelebihan 13 saat untuk melakar kemenangan keempatnya dalam lima perlumbaan musim ini.
'Safety Cars'yang disebabkan oleh kegagalan enjin milik Valtteri Bottas's Sauber diikuti oleh kemalangan semasa dimulakan semula, membantu Norris dari McLaren melakukan strategi sehenti yang membolehkannya menewaskan Sergio Perez dan menafikan Red Bull satu-dua.
Duo Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz juga mampu melakukan strategi sehenti tetapi tidak dapat mengancam Perez apabila mereka masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
George Russell memaksimumkan prestasi Mercedesnya untuk menduduki tempat keenam, menamatkan saingan di hadapan Fernando Alonso.
Oscar Piastri berada di tempat kelapan untuk McLaren, manakala Lewis Hamilton adalah seorang lagi yang mendapat manfaat daripada 'Safety Cars' apabila juara dunia tujuh kali itu menyelamatkan tempat kesembilan selepas bermula dari kotak ke-18 di grid.
Zaki Zainal
Sun Apr 21 2024