Skip to main content

Tenis

Masters Monte-Carlo: Kepulangan Wawrinka berakhir dengan kekalahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stan-wawrinka.jpg
Kepulangan Stan Wawrinka dalam Jelajah ATP berakhir dengan kekalahan dalam Masters Monte Carlo awal pagi tadi.

Bekas pemain nombor tiga dunia itu melakukan penampilan semula selepas lebih setahun berehat gara-gara kecederaan kaki yang memerlukannya menjalani dua pembedahan.

Bagaimanapun, dia tewas 6-3, 5-7, 2-6 kepada Alexader Bublik dalam pusingan pertama kejohanan itu.

Wawrinka, yang menyertai kejohanan itu atas tiket peluang khas selepas tergelincir ke tangga ke-236 ranking dunia, bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi set pertama tetapi dia terlalu penat untuk melalui dua set berikutnya dan akur tewas selepas bertarung selama dua jam dan tujuh minit.
 

Advertisement

Must Watch Video