Lorenzo Musetti mencuri tumpuan dalam Kejohanan Tennis Masters Monte Carlo apabila menewaskan pemain pilihan keenam, Felix Auger-Aliassime, awal pagi tadi.
Auger-Aliassime sudahpun memenangi gelaran pertamanya musim ini di Rotterdam selain layak ke final Kejohanan Terbuka 13 di Marseille dan membantu Kanada memenangi Piala ATP pada awal 2022.
Bagaimanapun, pemain pilihan keenam itu hanya memenangi satu daripada empat perlawanan terakhir dan laluannya dalam kejohanan kali ini terhenti di tangan Musetti.
Musetti, yang memenangi dua set pertama dalam perlawanan pusingan keempat Terbuka Perancis menentang Novak Djokovic tahun lalu, jelas berada di prestasi terbaik dalam aksi aksi kali ini di atas gelanggang tanah liat di Monaco.
Dia merakamkan kemenangan 6-2, 7-6 untuk menempah pertemuan dengan Diego Schwartzman dalam pusingan 16.
"Saya tinggal di sini dan berlatih di sini," kata Musetti dalam temu bual di atas gelangganng.
"Amat baik untuk dapat berada di sini, bermain di depan penonton seperti ini. Saya amat gembira.
"Pukulan kilas ke garisan merupakan kunci saya dapat melakukan pukulan yang hebat.
"Selepas set pertama yang amat baik, dia bangkit dengan pukulan deras tetapi saya tenang dan bersabar dan itulah perkara terindah untuk hari ini," katanya.

What a way to the end the match! ?@Lorenzo1Musetti takes out Auger-Aliassime in straight sets 6-2, 7-6(2).@ROLEXMCMASTERS | #ROLEXMCMASTERS pic.twitter.com/6L8KHoWBdj
— ATP Tour (@atptour) April 13, 2022