Jannik Sinner menyelamatkan beberapa mata akhir untuk mara ke pusingan 16 Kejohanan Tenis Masters Miami hari ini.
Selepas menyelamatkan tiga mata akhir dalam perlawanan menentang Emill Emil Ruusuvuoiri semalam, pemain itali berusia 20 tahun itu menyelamatkan lima lagi mata akhir daripada Pablo Carrena Busta untuk menang 5-7, 7-5, 7-5.
Finalis edisi tahun lalu itu ketinggalan 4-5 dalam set kedua sebelum memenangi 11 mata berturut-turut untuk membawa pertarungan ke set penentuan.
Biarpun ketinggalan pada awal set ketiga, Sinner tidak gentar untuk melakukan pukulan-pukulan kencang ke lantai untuk merekodkan lima kemenangan dalam aksi set penentuan sepanjang 2022.
Dia seterusnya akan menentang Nick Kyrgios -- yang menewaskan Fabio Fognini 6-2, 6-4 -- dalam pusingan 16.

SINNER WINNER ?
— ATP Tour (@atptour) March 28, 2022
After an incredible match, @janniksin wins in Miami against Carreno Busta 5-7, 7-5, 7-5 ??@MiamiOpen | #MiamiOpen pic.twitter.com/juUIKaf5M2