Masters Malaysia: Soon Huat- Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik

Lukman Salleh
Mei 26, 2024 17:53 MYT
Tebus kekecewaan 2017 dengan julang kejuaraan menewaskan pasangan Indonesia.
Pemain profesional negara yang juga pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara beregu campuran Masters Malaysia sekaligus mendapat hadiah perkahwinan paling menggembirakan.
Pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei lalu, menewaskan beregu campuran Indonesia Rinoy Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dalam straight set 21-18, 21-19 dalam tempoh 48 minit.
Kemenangan ini turut menebus kehampasan Soon Huat- Shevon yang tewas pada final 2017 kepada rakan senegara Tan Kain Meng- Lai Pei Jing, serta juga kejuaraan antarabangsa kedua mereka musim ini selepas mahkota Terbuka Switzerland.
Dalam perlawanan set pertama, pasangan Malaysia ini ketinggalan 12-14 sebelum menyamakan kedudukan 14-14,

RESULTS: #PERODUAMalaysiaMasters2024 FINAL#MAS?? Goh Soon Huat-Shevon Lai(4) def. #INA?? Rinov Rivaldy-Pitha Mentari(3) 21-18 21-19 Soon Huat-Shevon ends 7️⃣ year wait for a XD title at the Malaysian Masters! Congrats, newlyweds!#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/f0uKFh6tlM

— BAM (@BA_Malaysia) May 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Soon Huat-Shevon kemudian mendahului 20-16 tetapi gagal menamatkan permainan dalam dua mata akhir yang bolehkan lawan menghampiri kepada 18-20.
Namun, pasangan Malaysia ini kembali tenang untuk kutip satu mata akhir bagi kemenangan set pertama 21-18.
Set kedua, Soon Huat-Shevon ketinggalan 3-7 sebelum berjaya menyamakan kedudukan 16 sama sebelum sekali lagi ketinggalan 16-18.
Tetapi pasangan Malaysia ini bangkit menyamakan kedudukan sebelum mendahului 20-19 dan memastikan kejuaraan apabila Soon Huat melakukan smash ke gelanggang terbuka lawan.
Kemenangan ini menyaksikan Soon Huat-Shevon membawa pulang hadian kemenangan berjumlah USD33.180 (RM156.000).
#badminton #Masters Malaysia
;