ATP

Masters Cincinnati: Tsitsipas tempah tiket final selepas atasi Medvedev

Muzaffar Musa 21/08/2022 | 05:09 MYT
Stefanos Tsitsipas akan membuat perhitungan akhir dengan Borna Coric dalam final Kejohanan Tenis Masters Cincinnati selepas menewaskan pemain pilihan utama, Daniil Medvedev, dalam separuh akhir hari ini.
Medvedev turun dalam perlawanan itu dengan kelebihan rekod pertemuan 7-2 ke atas pemain nombor tujuh dunia, Tsitsipas, tetapi pemain Greece itu lebih unggul kali ini untuk mencatatkan kemenangan 7-6, 3-6, 6-3 dalam masa dua jam dan 23 minit.
Kemahiran Tsitsipas di depan jaring jelas membantunya dalam kemenangan kali ini, di mana dia meraih 27 daripada 36 mata di depan jaring selain memenangi 82 peratus daripada mata sewaktu servis pertama.
Kemenangan itu menyaksikan Tsitsipas mara ke final Masters Cincinnati buat kali pertama selepas terkandas dalam separuh akhir edisi 2020 dan 2021.
Coric, dalam pada itu menempah tempat ke penentuan gelaran, yang juga aksi final Masters kedua sepanjang kariernya, dengan menewaskan pemain pilihan kesembilan, Cameron Norrie, 6-3, 6-4.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Daniil Medvedev #Stefanos Tsitsipas #Tenis Masters Cincinnati
;