Skip to main content

Tenis

Masters Cincinnati: Iga Swiatek bangkit ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iga-swiatek.jpg
Pemain wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Zheng Qinwen 3-6, 6-1, 6-1, sekali gus mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Masters Cincinnati awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Swiatek akan bertemu juara Kejohanan Wimbledon, Marketa Vandrousova, bagi penentuan ke separuh akhir.

Zheng, yang menewaskan Venus Williams dalam pusingan sebelum ini, memberikan ancaman awal apabila mendahului 3-0 sebelum memenangi set pertama, di mana Swiatek melakukan 23 'unforced error'.

Selepas mengambil waktu rehat di antara set, di mana Swiatek turut menyalin bajunya, juara Terbuka Perancis itu memperoleh dua mata break awal ke atas pemain China berusia 20 tahun berkenaan dan sekali lagi melakukannya dalam game kelima.
 
Walaupun Zheng akhirnya memperoleh mata dalam game keenam, ia jelas tidak dapat menghalang Swiatek untuk menenagi set berkenaan.

Set penentuan pula jelas menjadi milik pemain pilihan utama itu, di mana Swiatek mendahului 3-0 sebelum meraih kemenangan selesa sewaktu servis di tangannya.
 

Advertisement

Must Watch Video