Skip to main content

Tenis

Masters Cincinnati: Garcia cipta sejarah dari pusingan kelayakan ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

caroline-garcia.png
Caroline Garcia menjadi pemain pertama dari pusingan kelayakan mara ke final satu kejohanan WTA 1000 selepas menewaskan Aryna Sabalenka dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Masters Cincinnati hari ini.

Dalam perlawanan kali ini, yang dihentikan sebanyak dua kali kerana hujan lebat, Garcia memperoleh kemenangan 6-2, 4-6, 6-1 dalam masa dua jam dan lima minit.

Kemenangan ke atas Sabalenka itu menyaksikan Garcia akan mencongak perhitungan akhir dengan Petra Kvitova, yang menewaskan Madison Keys dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Kemenangan itu juga menyaksikan Garcia menumbangkan seorang lagi pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia sepanjang minggu ini selepas menyingkirkan pelain pilihan keempat, Maria Sakkari, dan pemain pilihan ketujuh, Jessica Pegula, dalam laluannya ke separuh akhir.

Pemain nombor 35 dunia itu turut  menewaskan pemain di ranking utama, Iga Swiatek, dalam Terbuka Poland tiga minggu lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video