ATP
Masters Cincinnati: Dan Evans sekali lagi tersingkir dalam pusingan pertama
Persiapan Dan Evans untuk menghadapi Terbuka Amerika Syarikat (AS) hujung bulan ini sekali lagi terbantut apabila terkandas dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis Masters Cincinnati awal pagi tadi.
Selepas tersingkir dalam pusingan pertama di Toronto mingg lalu, Evans sekali lagi mengalami nasib sama di Cincinnati apabla tewas 4-6, 3-6 kepada pemain Itali, Lorenzo Musetti.
Evans jelas mengalami kesukaran dalam set pertama tetapi dia kemudian bangkit menyamakan kedudukan 4-4.
Bagaimanapun, pemain nombor dua British itu sekali lagi tewas sewaktu memegang servis untuk Musetti kembal menguasai permainan dan memenangi set berkenaan.
Faul berganda yang dilakukannya sewaktu awal set kedua membenarkan Musetti untuk mendahului dan sejak itu, Evans tidak pernah dapat bersaing, sekali gus akur terpaksa menelan satu lagi penyingkiran awal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.