WTA

Masters Cincinnati: Caroline Garcia, Madison Keys ke separuh akhir

Muzaffar Musa 20/08/2022 | 01:56 MYT
Masih segar dengan kejayaannya menumbangkan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat, Madison Keys, melalui perlawanan suku akhir Kejohanan Tenis Masters Cincinnati dengan cukup bergaya apabila menewaskan Elena Rybakina 6-2, 6-4 awal pagi tadi.
Keys jelas terlalu bagus dalam perlawanan kali ini, di mana dia menyempurnakan 72 peratus daripada servis pertamanya dengan 65 mata keseluruhan (35 daripada 54) diperolehi daripada servisnya.
Dengan kemenangan itu, Keys akan bertemu Petra Kvitova dalam separuh akhir melibatkan dua pemain bukan pilihan berkenaan selepas Kvitova (di ranking ke-28 dunia) menewaskan pemain Australia, Ajla Tomljanovic, 6-2, 6-3.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Caroline Garcia meneruskan rentak cemerlangnya apabila hanya memerlukan 74 minit untuk menewaskan pemain nombor tujuh dunia, Jessica Pegula.
Pemain Perancis itu -- yang turut menewaskan Swiatek bulan lalu -- kini memenangi 11 daripada 12 perlawanan terakhirnya dan menjadi pemain pilihan terakhir kekal beraksi dalam kejohanan itu.
Dia seterusnya akan menghadapi Aryna Sabalenka bagi penentuan ke final selepas pemain Belarus itu menewaskan Zhang Shuai 6-4, 7-6.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Caroline Garcia #Madison Keys #WTA #Tenis #Tenis Masters Cincinnati
;