Skip to main content

Tenis

Masters Cincinnati: Barty, Osaka ke pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ashleigh-barty.jpg
Pemain pilhan utama, Ash Barty, dan pemain nombor dua dunia, Naomi Osaka, kedua-duanya menempah tempat ke pusingan 16 Kejohanan Tenis Masters Cincinnati selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Pemain nombor satu dunia, Barty, menewaskan wakil British dari pusingan kelayakan, Heather Watson, 6-4, 7-6 dalam masa sejam 46 minit perlawanan bertaraf WTA 1000 itu.

Dengan kemenangan pertamanya sejak Kejohanan Wimbledon lalu itu, Barty seterusnya akan mencongak perhitungan dengan juara bertahan, Victoria Azarenka, yang menewaskan Alison Riske 6-2, 7-5 dalam satu lagi perlawanan.

Sementara itu, pemain pilihan kedua, Osaka, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mencatatkan kemenangan 4-6, 6-3, 6-4 ke atas Coco Gauff.

Ia bermakna bintang Jepun itu akan bertemu Jil Teichmann dalam pusingan berikutnya.
 
 

Advertisement

Must Watch Video