WTA
Masters Cincinnati: Anisimova kejutkan Kasatkina dalam pusingan pertama
Amanda Anisimova melepasi cabaran sukar dalam pusingan pembukaan Masters Cincinnati dengan penuh bergaya apabila menyingkirkan pemain nombor 10 dunia, Daria Kasatkina, 6-4, 6-4 hari ini.
Pemain Russia itu, yang menewaskan dua pemain dalam kelompok tujuh terbaik dunia sepanjang dua minggu lalu, menyaksikan enam servisnya dipatahkan lawan dari Amerika Syarikat (AS) berkenaan tetapi memanfaatkan lima faul berganda Kasatkina.
Pemain nombor dua dunia, Anett Kontaveit, pula akan berdepan pemain Republik Czech daripada pusingan kelayakan, Tereza Martincova, dalam pusingan kedua selepas menewaskan Nuria Parrizas-Diaz 6-7, 6-4, 6-3.
Sementara itu itu, pemain nombor tiga dunia, Maria Sakkari, pula akan berdepan Caroline Garcia selepas mudah mengatasi Petra Martic 6-3, 6-3.
Dalam pertemuan dua pemain kelompok 30 terbaik dunia, Veronika Kudermatova meraih kemenangan 6-3, 6-3 ke atas Barbora Krejcikova manakala naib juara Terbuka AS tahun lalu, Leylah Fernandez, kini tewas tiga daripada empat perlawanan terakhirnya menerusi kekalahan 4-6, 5-7 kepada pemain Russia, Ekaterina Alexandrova.