KL2017
MASOC, Jabatan Imigresen jalin kerjasama
Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2017 (MASOC) menjalin kerjasama dengan Jabatan Imigresen dalam usaha melancarkan proses ketibaan atlet serta pegawai kontinjen dan petugas media dari semua negara yang terlibat.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, kerjasama ini penting untuk memudahkan kedatangan serta kepulangan kontinjen negara serantau.
Jabatan Imigresen akan menyediakan empat laluan khas di samping menyediakan papan tanda yang jelas untuk membantu pelawat sempena Sukan SEA.
Iklan
Selain itu, satu kaunter khas akan dibuka untuk membolehkan atlet, pegawai kontinjen dan petugas media mendapatkan kad akreditasi masing-masing sebaik sahaja mereka tiba.
“Yang penting adalah sebaik sahaja mereka keluar dari pesawat, akan ada pegawai yang menunggu serta penunjuk arah menunjukkan lorong khas untuk memudahkan segala urusan dengan Jabatan Imigresen,” ujar Khairy.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, turut mengumumkan pengecualian buat warga negara yang terlibat untuk ke Malaysia sempena Sukan SEA.
“Mana-mana petugas dari negara yang memerlukan visa akan dikecualikan pada waktu itu, namun aspek keselamatan tetap akan dipantau,” kata Mustafar.
Must-Watch Video