Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Najmi Farizal Jazlan masing-masing meledak dua gol ketika skuad The Malaysian Hockey Tigers membelasah pasukan pembangunan 6-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Hoki Tun Razak, semalam.
Malaysia mempamer peningkatan mendadak selepas meraih tangga kelima dalam Piala Sultan Azlan Shah, tiga minggu lalu.
Jentera serangan makin serasi, pukulan sudut penalti yang menjadi selain menunjukkan pertahanan kental -- petanda skuad kendalian Stephen van Huizen sudah sedia untuk separuh akhir Liga Dunia Pusingan Ketiga di London, England, 15 Jun depan.
Dalam kejohanan itu, skuad negara akan bersaing dalam Kumpulan A dengan menentang Argentina, England, Korea Selatan dan China.
Begitupun, masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum mereka berlepas pada 7 Jun ini.
"Ini adalah perlawanan pertama kami selepas Piala Sultan Azlan Shah dan saya rasa masih banyak yang perlu dipertingkatkan untuk kami menghadapi Liga Hoki Dunia Pusingan Ketiga," kata Tengku Ahmad Tajuddin.
"Ada beberapa kemajuan tetapi ada banyak kesilapan mudah dilakukan. Kami perlu mengawal kelajuan dan tempo, kami perlu mencuba beberapa taktik," kata van Huizen.
"Ia kerana kadang-kadang kami tidak boleh bermain secara terbuka kerana ada masa kami perlu memberi tekanan dalam perlawanan."
Selain jaringan Tengku Ahmad Tajuddin dan Najmi, dua lagi gol disumbangkan pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abdul Rahim, dan pertahanan, Faiz Helmi Jali.
Gol sagu hati skuad pembangunan pula dijaringkan oleh Mohd Ramadan Rosli.
Kedua-dua pasukan akan berentap dalam aksi persahabatan kedua, esok.