Skip to main content

Sukan Lain

Masa tidak pernah gagal -- Azeem Fahmi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeemfahmi.jpg
Kejayaan pelari terpantas negara, Muhammad Azeem Fahmi, memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) sebanyak dua kali dalam tempoh kurang sebulan, meletakkan dirinya dalam kelompok 10 atlet terbaik Universiti Auburn.

Pemenang pingat gansa Sukan Asia Hangzhou itu mencatatkan larian 6.56 saat (s) memadam rekod miliknya 6.60s dalam perlumbaan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships di Amerika Syarikat.




"Masa tidak pernah gagal, perlahan, namun tetap pasti," tulis Azeem selepas pencapaian membanggakan itu.

 

Penyandang rekod dalam dewan itu merangkul tempat ketiga dalam aksi final yang berlangsung di Bryan-College Station, Texas.

Atlet kelahiran Perak itu bakal menghadapi tiga pertandingan utama tahun ini, Kejohanan Universiti Dunia, Kejohanan Dunia dan Sukan SEA Thailand.

Advertisement

Must Watch Video