Skip to main content

Sukan Lain

MAS terus diterajui Shahidan Kassim tanda kebaikan demi kecemerlangan sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahidan.jpg
'Ini satu kebaikan'

Itu reaksi Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low, susulan situasi menang tanpa bertanding untuk jawatan tertinggi kepimpinan badan induk itu.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Andy mengakui senario itu menunjukkan kematangan dalam kalangan ahli gabungan selain kesepakatan yang kukuh demi kemajuan sukan akuatik negara.

Tidak banyak perubahan untuk kepimpinan baharu MAS susulan Datuk Seri Shahidan Kassim terus mengekalkan jawatannya sebagai presiden bagi penggal 2025 hingga 2027, jawatan yang disandangnya sejak 1995.

Ini berikutan tiada pencabar lain tampil untuk merebut kerusi panas itu daripada bekas Presiden Olahraga Malaysia (MA) itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-56 yang akan berlangsung pada 27 Jun ini selepas pencalonan ditutup 13 Jun lalu.

MAS mengesahkan Shahidan yang mewakili negeri Perlis serta tiga lagi jawatan tertinggi iaitu timbalan presiden, naib presiden dan penolong setiausaha kehormat turut diumumkan menang tanpa bertanding.

"Memang tiada perubahan besar bermaksud ia adalah satu kebaikan. 

"Setiap ahli memahami dan memberi peluang kepada pucuk kepimpinan meneruskan perjuangan. 

"Saya pasti apa yang kami sedang lakukan, mereka setuju. Sebagai satu persatuan kebangsaan, kita harus bekerjasama ke arah kecemerlangan sukan ini," katanya di Nadi Weekend.

Pelantikan kepimpinan MAS dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pembangunan sukan air menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur (KL) 2027 dan temasya Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Advertisement

Must Watch Video