Marc Marquez mengadu bahawa dia dibelenggu masalah melihat imej berganda selepas terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan dia terkeluar daripada Grand Prix (GP) Indonesia, kelmarin.
Juara MotoGP enam kali itu terhempas di selekoh 7 ketika sesi pemanasan bagi perlumbaan di Litar Mandalika tersebut.
Marquez terpinga-pinga selepas insiden itu lalu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
Sehubungan itu, pelumba Repsol Honda berkenaan mengalami gegaran otak dan tidak dapat berlumba dalam GP pertama di Indonesia sejak 1997.
Marquez disahkan menghidap 'diplopia' selepas kemalangan ketika latihan GP Portugal tahun lalu dan pemandu Sepanyol itu kembali dihimpit isu yang sama selepas kemalangan terbarunya berkenaan.
Penunggang berusia 29 tahun itu, bagaimanapun, memberitahu ia tidak seburuk sebelum ini tetapi tidak dapat menyatakan bilakah dia akan beraksi semula menjelang perlumbaan di Argentina, awal bulan depan.
Dia berkata dalam ciapannya sebentar tadi: "Nampaknya saya mengalami deja vu. Dalam perjalanan pulang ke Sepanyol, saya mula tidak berasa selesa dengan penglihatan saya dan kami memutuskan untuk melawat Dr. Sanchez Dalmau yang mengesahkan bahawa saya berdepan episod baru diplopia.
"Nasib baik, ia kurang teruk daripada kecederaan yang dialami di penghujung tahun lalu. Tetapi kini tiba masanya untuk berehat dan tunggu untuk sejauh mana tahap kecederaan ini."

Afortunadamente es menos grave que la lesión que tuve a finales del año pasado. Pero ahora toca descansar y esperar para ver cómo evoluciona la lesión. ¡Como siempre, muchas gracias a tod@s por vuestro apoyo! (2/4)
— Marc Márquez (@marcmarquez93) March 22, 2022