Bekas bintang sensasi Itali, Mario Balotelli, mempelajari seni mempertahankan diri?
Kelihatan bekas tonggak Manchester City itu meluangkan masa bersama petinju muay thai berpengalaman, Rodtang 'Iron Man' Jitmuangnon, sambil menimba ilmu pertarungan daripada atlet kebanggaan Thailand itu.
Adakah Balotelli berhasrat menceburi bidang tinju?
Dalam perkongsian Rodtang di Instagram, dia didatangi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu dengan menunjukkan kemahiran bertempur kepada Mario Balotelli.
Rodtang sempat mengajar beberapa gerakan kepada Balotelli termasuk cara menghadapi pihak lawan.
Pemain berusia 34 tahun itu juga pernah merangkul beberapa kejuaraan domestik bersama Inter Milan. Sebagai penyerang, Balotelli juga pernah mewakili Liverpool pada musim 2015.
Balotelli akan menandatangani kontrak bersama Genoa pada 1 Julai ini menerusi perkembangan di laman transfermarkt.