Skip to main content

Sukan SEA

Maraton: Muhaizar anggap dirinya bukan peserta pilihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muhaizar-mohamad-maraton-180817.jpg
Pelari maraton negara, Muhaizar Mohamad, merendah diri sebelum mencabar Sukan SEA kerana dia hanya berlatih di Kem Terendak, Melaka sejak beberapa tahun lalu berbanding jaguh Asia Tenggara yang membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan kali ini.

Muhaizar bekerja sebagai anggota tentera dan lebih banyak menghabiskan masa di Kem Terendak. 

Latihan itu, bagaimanapun, membuahkan hasil apabila dia melepasi had kelayakan temasya dengan catatan 2:35.55 saat untuk jarak 42km, sekali gus membuka mata banyak pihak.

Majlis Sukan Negara (MSN) kemudian menghantarnya berlatih di kawasan pergunungan Filipina, bulan lalu.

"Tidak seperti atlet lain yang menggunakan trek sahaja, saya hanya menggunakan padang bola untuk berlatih pecutan dan sebagainya," katanya.

Selain Muhaizar, Malaysia akan turut diwakili atlet berpangkalan di Taiwan, Tan Huong Leong.

Acara maraton tidak pernah menyumbang pingat buat Malaysia dalam Sukan SEA, malah ini kali pertama Malaysia mempunyai wakil selepas kali terakhir pada 2007.

Advertisement

Must Watch Video