Skip to main content

Sukan Lain

Maraton di Congo disindir catat 'rekod dunia'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

unzu.jpg
Pelari wanita Sepanyol, Estefania Unzu, dilucutkan hak sebagai juara Maraton Kinshasa 2025 selepas aduan oleh naib juaranya.

Unzu, 39, muncul peserta pertama yang melintasi garisan penamat dalam kejohanan di ibu negara Congo itu dengan catatan 3 jam 2 minit dan 28 saat.

Tetapi dia diumumkan sebagai naib juara selepas pencabar terdekatnya menyerahkan sebuah gambar bagi membuktikan bahawa dia menamatkan larian pada jam 9:03 pagi -- perlumbaan bermula jam 7 pagi. 

Lantaran itu, Unzu di laman sosial menyindir bahawa catatan itu seharusnya dinobatkan sebagai yang terpantas di dunia selepas mengatasi rekod 2 jam 9 minit 57 saat yang dirakam Ruth Chepngetich menerusi Maraton Chicago 2024.

Biarpun kecewa, Unzu yang telah menyertai 43 perlumbaan itu menegaskan: "Saya berlari untuk suka-suka, untuk seronok, dan moral menjadi perkara pokok." 

 

Advertisement

Must Watch Video