Skip to main content

Sukan Lain

'Manusia Terbang' pecah rekod dunia buat kali ke-13 berturut-turut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

61a44875-armand-duplantis-1.jpeg
Armand Duplantis atau juga dikenali sebagai Mondo Duplantis sekali lagi berjaya memecahkan rekod dunia miliknya dalam acara lompat galah.

Duplantis yang sebelum ini pemegang rekod catatan dunia 6.28 meter (m) berjaya melakukan lompatan terbaik memecahkan catatan tersebut dengan ketinggian 6.29m dalam Kejohanan Olahraga Grand Prix Hungary pada Selasa.

Dia yang juga yang juara Sukan Olimpik dua kali itu sehingga kini telah memecahkan rekod dunia dalam acara berkenaan sebanyak 13 kali iaitu pecahan rekod terbanyak bagi acara lompat galah dunia.

Rekod dunia terbaharu ini pula berjaya dipecahkan dalam percubaan kedua lompatanya.

Atlet Sweeden yang kini berusia 25 tahun itu ketika ditemui media turut tidak mempercayai bahawa dia masih mampu mencipta rekod baharunya itu ketika berasakan bahawa catatan rekod 6.28 meter sudah terlalu tinggi buatnya.
Redoxon

Kekal Aktif & Sihat Sepanjang!

Tingkatkan pertahanan badan anda dengan Redoxon yang mengandungi Vitamin C & Zinc sesuai untuk gaya hidup aktif, sama ada di padang bola atau di luar padang.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Must Watch Video