Sukan ekuestrian atau sukan yang melibatkan kuda tidaklah se-popular sukan lain kerana kerap dikaitkan dengan harga yang mahal dan tidak 'accessible' seperti sukan yang lain.
Kebelakangan ini, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan sukan ini lebih diterima dengan harga yang “mampu milik” bagi menggalakkan anak muda datang mencuba.
Baru-baru ini, saya sempat membawa anak saya untuk mengikuti sesi latihan 'horse back riding' pertamanya di salah sebuah kelab ekuestrian di Selangor. Pada awalnya saya agak gementar dengan reaksinya “berjumpa” kuda buat kali pertama, tetapi syukur, semuanya berjalan lancar.
Difahamkan, ada beberapa manfaat yang boleh diperoleh daripada sukan ini untuk pembangunan kanak-kanak. Antaranya kecergasan fizikal, keseimbangan badan dan koordinasi boleh berkembang.
Kekuatan serta kematangan mental dan emosi juga diperbaiki, kerana sukan ini mampu membina keyakinan diri, rasa bertanggungjawab dan empati terhadap binatang selain 'sense of accomplishment' yang penting dalam membentuk jati diri kanak-kanak.
Sebelum mengakhiri rencana ini, saya ingin mengambil kesempatan hendak ucapkan tahniah kepada YM Puteri Sharifah Ariel Budriah Jamalullail yang memenangi emas dalam Ekuestrian (Show Jumping) dalam Sukan Remaja Asia (AYG) 2025 Bahrain.
Pasti kejayaan ini akan terus memberi inspirasi kepada anak-anak muda!
Cuba Sekarang

Protein On-The-Go
Nikmati cara paling mudah dapatkan protein harian — cepat, sedap & mengenyangkan.
Cuba Sekarang