Pusingan terakhir perlumbaan MAM Malaysian E-Sport Championship 2024 menyaksikan pelumba berpengalaman, Naquib Azlan muncul juara bagi kategori pro.
Naquib yang turun selaku pemandu pilihan membuktikan kredibilitinya apabila berjaya ketepikan cabaran tujuh pelumba lain termasuk adiknya sendiri, Najib Azlan, yang berpuas hati di kedudukan kedua selain Amir Haziq melengkapkan podium di kedudukan ketiga.
Untuk rekod, selain muncul juara edisi sulung MAM E-Sport Championship 2024, pemandu berusia 23 tahun itu turut melakar rekod bersih mendominasi kesemua empat pusingan perlumbaan.
Sementara itu, pelumba paling muda, Aydrae Amit yang baru sahaja berusia sembilan tahun mengakui teruja apabila berjaya meraih podium pertamanya selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua bagi kategori junior.