Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas buat julung kalinya bakal menganjurkan MAM Festival of Speed Malaysia 2024, 18 hingga 20 Oktober depan.
Festival ini akan menyaksikan acara permotoran empat dan dua roda dipertandingkan dengan tujuh disiplin perlumbaan bakal berlangsung serentak bersama penyertaan pelumba tempatan dan antarabangsa.
Kategori pocketbike dan motosikal gymkhana bakal menyaksikan penyertaan pelumba Malaysia sahaja selain acara demo pushbike yang menjadi tarikan festival nanti.
Shaiful Shamsudin
Tue Sep 24 2024