Perebutan kejuaraan Akademi Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MALMY) musim ketiga di antara Gamesmy Kelantan dan CG Esport berlangsung tanpa halangan sukar buat Muhammad Danial Mohamad Fuad yang juga dikenali sebagai Cikugais dan pasukannya apabila perhitungan berakhir dengan kemenangan 4-0 atas wakil dari Kelantan itu.
CG Esport yang terlahir dari serpihan pasukan Todak nampaknya mengekalkan reputasi sebagai pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan MALMY bagi musim ini.
Lebih manis kejuaraan yang dilakarnya hari ini tercipta ketika pihak lawan iaitu Gamesmy Kelantan merupakan bekas juara musim lalu.
"Kami sangat gembira bergelar juara, kami tidak sangka menang bersih. Kami jangka pasukan lawan ada momentum. Kami tidak akan berhenti berlatih. "Selepas ini kami akan rehat dan berlatih semula." katanya Cikugais.
"Kali ini kami focus pada kekuatan kami. Tiada masa untuk eksperimen. Hanya beri yang terbaik untuk menang."tambah jurulatih CG Esports.