Skip to main content

E-Sukan

MALMY S3: Gamesmy Kelantan iringi CG Esports ke MPLMY S16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mal.jpg
Pasukan Liga Akademi Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MAL) musim ketiga, Gamesmy Kelantan berjaya menempah slot ke saingan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim ke-16 selepas menewaskan pasukan tangga kesembilan MPL musim ke-15, JP Niners.

Dalam perlawanan peringkat Challenger itu menyaksikan Gamesmy Kelantan menang 3-1 untuk sahkan slot itu.

Walaupun diberi tentangan hebat oleh JP Niners, Gamesmy Kelantan tidak berdepan masalah untuk memenangi perlawanan itu pada hujung minggu lalu.

Pemain gold laner Gamesmy Kelantan, Skyzar, menajdi pemacu dalam kejayaan menewaskan JP Niners itu.

Dalam pada itu, Gamesmy Kelantan terpaksa akur dalam aksi Grand Final MALMY musim ketiga selepas tewas 4-0 kepada CG Esports.

Advertisement

Must Watch Video