Skip to main content

E-Sukan

MALMY S3 : Format baharu menanti pasukan MALMY !!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malmy.jpg
Liga Akademi Malaysia (MALMY) musim ketiga akan membuka tiri pada 12 April 2025 ini.

MALMY dibagi kepada dua kategori iaitu Challengers Conference dan Affiliated Cofference.

Pasukan yang akan layak ke Liga Profesional Mobile Legend Malaysia (MPLMY) musim ke-16 bukan lagi ditentukan di dalam peringkat liga, ia akan ditentukan melalui peringkat kalah mati MALMY.

Media sosial rasmi MALMY memuat naik satu video mengenai format kejohanan yang akan dipertandingkan dalam MALMY musim ketiga, pihak penganjuran MALMY bakal menggunakan format baharu dalam pemilihan pasukan ke MPLMY musim ke-16.

https://www.instagram.com/share/BAakGeZnNI

Pada musim kedua MALMY, pasukan yag berada di kedudukan pertama liga Challengers Conference yang akan mengambil slot ke MPLMY.

Pada musim ini, ia akan ditentukan melalui peringkat kalah mati dan slot akan diberikan kepada nombor satu Challengers Conference.

Sementara itu, pasukan nombor dua Challengers Conference dalam pusingan kalah mati juga akan menerima slot ke MPLMY tetapi perlu bersaing dengan pasukan nombor sembilan di MPLMY musim ke-15 untuk mendapatkan slot ke MPLMY musim ke-16

Pewrlawanan pembukaan MALMY musim ketiga akan dipertemukan Gamesmy Kelantan menentang Team Haq pada Sabtu, 12 April ini.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video